Sunday, May 26, 2013

TIPS KECANTIKAN

1. SINGKIRKAN DAKI PADA TUBUH
Amalkan menggosok hampas kelapa pada seluruh badan terutama pad bahagian bawah ketiak,leher dan di pangkal peha. Boleh juga bungkus hampas kelapa dan gosokkan pada bahagian yg bermasalah :)

2. HILANGKAN KEDUTAN PADA PERUT
Tumbuk halus beberapa helai daun jambu batu dan sebuku halia. Campurkan dengan sedikit air dan kapur sirih. Kacau rata dan sapukan pada perut. Biarkan sehinnga kering. Amalan setiap malam sebelum tidur. Kedannya dapat dilihat lebih kurang seminggu.

3. MELEMBAPKAN KULIT WAJAH KERING
Kisar kubis sehingg hancur, tapis perasan tadi untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan dengan sedikit madu lebah. Sapu pada kulit wajah dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas wajah seperti biasa. Petua ini boleh diamalkan setiap dua hari sekali.

4. HAMPAS TEH MERAHKAN PIPI
Jangan buang terus hampas teh yang telah digunakan. Sapukan hampas tersebut pada wajah terutama pada bahagian pipi. Biarkan lima minit dan kemudian bilas. Amalkan selalu dan pipi ada akan merah tanpa perlu memakai pemerah pipi.

5. PERAI RAMBUT SEMULAJADI
Jus lemon atau limau nipis sebenarnya boleh dijadikan perapi rambut semulajadi. Ambil sebiji lemon bersaiz sederhana atau dua biji limau nipis. Perah dan ambil jusnya sahaja. Campurkan jus ini dengan secawan air suam. Sapukan pada rambut dan biarkan seketika. Anda akan dapati rambut bukan sahaja lembut tetapi bersinar.

*all info credit to RAPI magz

No comments:

Post a Comment